seperti dalil yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran:
Artinya : “(162) Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (163) Tiada sekutu bagiNya; dan demikian Itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (QS. Al-An’am : 162 – 163)
Dari situ dapat dilihat bahawasanya perkara yang kita lakukan hanyalah ikhlas kerana Allah s.w.t .hidup manusia di dunia ni adalah untuk beribadat kerana Allah s.w.t ,melakukan kebaikan .menjalankan Amal makruf nahi mungkar dan perkara2 yg boleh mendatangkan kebaikan .
ana tetibe tertarik dengan perkara yang berlaku pada zaman kini .orang selalu berkata :ala ,tak guna buat kebaikan ,tak guna beribadat kalau hati tak ikhlas .nak buat sesuatu kena ikhlas .kena slow2 .tak boleh hipokrit .
yeeeee ,mmg betul apa yg diperkatakan itu .tapi ,nak tahu tak ?kalau kita nak tunggu keikhlasan tuu datang bergolek ,mmg sampai ajal datang pon tak kan datang .tak akan .sebaliknya kita kena usaha .Imam Syafi'e ada berkata :proses bermulanya keikhlasan akan bermulanya dengan proses kesombongan .jadi ,biarlah biar orang nak kata kite neh hipokrit ke ,ape ke ,janji Allah tahu segalanya ~lastly nanti ,percayalah ,nanti keikhlasan tu slow2 akan datang .
kadang2 pelik dengan isu pemakaian tudung .ana pun bukan baik sangat ,tapi ,ana mencuba untuk menjadi mujahidah yang solehah (doakan taw :D ) .haaa ,isu pemakaian tudung ,mesti ada suara2 sumbang yang akan datang bak radio yang tersekat2 (ops ,maaf ) ,haa ,sure akan kate macam ni ,"alaaaa ,i tak bersedia lagi la nk wearing scarf ,tak guna kalo hati i neh tak ikhlas" .perghh ,statement mmg mantop ,sgt mantop kot .huhu ~mcm ne kalo kat akhirat nanti Allah cakap " maaf hambaKu ,Aku tak bersedia nak masukkanMu ke syurga " ,nauzubillah ,semua tak nak kalo cam tu ,awak semua tak nak ?ana laaaaaagi laa tak nak .kadang2 ada yang sekejap pakai tudung@tutup aurat dan ada yang tak pakai tudung n sudah semestinya tak tutup aurat la kan ~nanti kat akhirat ,ada ke sekejap Allah letak kat neraka ,sekejap Allah letak kat syurga ,lepas tuu neraka pulak ? ada ke ?astaghfirullah ~memang orang yang pakai tudung belum tentu sah2 masuk syurga .tapii ,atleast hidup mengikut syariat Islam :)).
okay ,mai kita tengok yang menarik kat bawah nihhh :
Sebagai seorang muslimah, perlu diketahui bahawa kewajipan menutup aurat adalah wajib bagi mereka yang telah baligh. Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan dua tapak tangan. Berikut adalah dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w sebagai panduan kita bersama.
A-QURAN
1) "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
2) "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
1) “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
2) “Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.” (Riwayat Al-Bukhari)
haaa ,jeng jeng jeng ~dari sini dah boleh nampak dengan jelas terang dan nyata ,menutup aurat itu adalh WAJIB .bagilah reason sehebat mana pon ,hukum WAJIB ,tetaplah WAJIB ~
bertuahlah kaum wanita apabila disuruh menutup aurat ,nak tawu kenapa ?dengan kita menutup aurat ,kita tak akan disakiti dan tak akan diganggu .see !kan aman .lalalala :)).
tak percaya ?oke ,kite refer pada terjemahan dari Al-Quran neh.....
“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
haaa ~tengok ,untung kan kalau hidup mengikut syariat ,serba serbi dijaga .siap tak diganggu lagi tuu .tak payah nak ada bodyguard ,dahh memang akan terjaga :)
*ingat !letaklah Allah sentiasa dihati kita (^_*)






0 comments:
Post a Comment
tinta qaseh(^_*)