Monday, 1 August 2011

disebalik kebahagiaan terasa kepiluan yang amat ketara .



lepas berbuka puasa untuk hari yang pertama untuk tahun 2011 ,alhamdulillah ,syukur dengan rezeki yang Allah berikan ,yang Allah datangkan ,yang Allah limpahkan dan yang Allah kurniakan .ye ,sangat2 bersyukur .tapi ,hati sayu memikirkan takdir yang telah berlaku .seperti kebiasaan pada tahun2 b4 ni ,kami sekeluarga akan berbuka puasa tanpa abah sebagai ketua keluarga .itu sudah menjadi kebiasaan pada kami sekeluarga setiap kali ramadhan menjelma .tapi ,tak kesah pun tuu sume .cz abah tak berbuka ngn kami sbb amanahnya terhadap Allah s.w.t .abah berbuka di musolla dan abah menjalankan tugasnya sebagai imam .atas sebab itu dari bermulanya buka puasa sampai laa pukul 12 malam abah akan berada di musolla untuk menjalankan ibadahnya.

tapi.............

berbeza dengan tahun ni .tahun ni alhamdulillah kami berbuka puasa dengan abah .ye dengan abah .tapi ,dengan keadaan abah yang sedang sakit .even abah sedang sakit ,ana kagum ,abah masih menunaikan ibadahnya di rumah walaupun dalam keadaan duduk sahaja .sangat pilu ,abah berbuka di atas katilnya ,kami di meja .saat itu terlihat wajah umi yang pilu melihat abah tak dpt duduk semeja dengan kami .Ya Allah ,hebatnya ujian yang Engkau berikan pada kami sekeluarga .tapi ,alhamdulillah ,ana redha dgn segala yang berlaku .apa yang berlaku adalah takdir .apa yang berlaku hanya Allah je taw kenapa ia berlaku .ana percaya ,setiap kejadian mmg ada hikmahnya .i/Allah .Allah bagi ujian bermakna Allah sayang kepada hamba2Nya .

*disetiap kesedihan tiada syifa yang sangat mujarab melainkan solat dan Al-Quran .


0 comments:

Post a Comment

tinta qaseh(^_*)